Tuesday 17 September 2013

impian menyentak....

Senyuman aku mampu lukis kan.
Tapi mungkin hati tak menurut seperti apa yang dikatakan oleh mulut.
Aku tahu, mungkin apa yang di impikan aku tak masuk dik akal.
Berilah seribu halangan, 
Seribu alasan untuk menolak.
Aku tetap tak berubah.


Walaupun mata memandang sesuatu yang indah.
Fikiran tetap pada yang tak pasti.
Mungkin selama ini puisi dusta terselindung.
Ditutup rapi dengan senyuman,
Dikaburkan dengan layanan yang baik.
Sehingga aku buta,
buta untuk melihat puisi itu.


Walaupun lukisan yang aku lakar itu,
Yang masih tidak sempurna itu,
Ditoreh, dikoyak, dipijak.
Aku tetap melakar kan yang baru.
Dengan penuh hati-hati.
Dengan penuh kasih sayang.
Kerana, lakaran itu terkimpal di dalam hati.


Kenapa mahu menolak ?
Kenapa mulut mengatakan tidak mampu ?
Sedangkan tiada permulaan.
Pintu pertama masih terkunci rapi.
Anak tangga yang pertama masih belum ditapak.
Kenapa mahu menolak sesuatu yang baik, 
Yang mampu kita bina bersama-sama.
Yang mampu menjadi indah jika kita menjaga nya bersama.


Aku tidak selindung niat aku.
Semua sudah di tutur kan.
Usaha tetap digerak kan.
Di setiap doaku, aku selitkan apa yang di impikan.
Nama kau yang aku sebut.
Kerana aku tidak mempermainkan nya.


Aku memikirkan,
Jika impian ini hanya gambaran.
Jika dunia yang aku lakar tidak menjadi realiti.
Tersentak. Mengalir. Menggigil.
Tanpa dikawal. Aku lemah.
Kerana, terlalu berat untuk aku melupakan nya.
Ianya cita-cita aku.
Nama kau ada di dalam masa depan aku.
Jika suatu hari nanti aku tiada dalam masa depan kau.
Sama seperti aku menghabis kan sisa hidup aku,
Sebagai hamba Allah, yang tidak punya kerjaya.

Aku tak mampu untuk mengubah nya.
Datang tanpa sedar.
Tidak mampu untuk melupakan nya, selagi aku masih sedar.

No comments:

Post a Comment